31 August, 2009

Happy Merdeka Day Malaysian!!


It is our Merdeka Day!dah 52 tahun kita mengecapi kemerdekaan sekaligus menikmati keamanan negara Malaysia ini.Aku akui sememangnya bangga menjadi sebahagian dari Malaysia,negara bertuah n berbilang bangsa ini..Semangat patriotik mesti kena ada dalam diri kita supaya kita sayang n cinta akan negara kita sendiri..betul tak?semoga negara kita sentiasa aman n sejahtera selalu..InsyaAllah..


Sehubungan dengan itu..sekolah aku ada mengadakan sambutan meraikan hari kemerdekaan.Oleh kerana ia jatuh pada bulan Ramadhan..sambutan diadakan secara sederhana n tak derla acara2 grand2 gitu.Terdapat beberapa aktiviti disediakan untuk murid2 n ternyata semuanya seronok n berjalan lancar..Alhamdullillah..


Hari ni cuti n aku luanglan masa dengan hubby n Syahmi kat rumah.Dari malam tadi aku duk layan astro,channel 188..tgk konsert Siti Nurhaliza..i'm her die hard fan..heheh!!Tapi aku bukan nak tau sangat gosip n hal peribadi dia(tapi ske gak baca coz dah minat kan?)..tapi aku suka kumpul album2 dia yang sememangnya berbaloi beli..Puas hati gak tgk konsert SITI ni coz dua hari dia duk nyanyi tuk aku..heheh!!Dulu masa kat maktab aku ada senior yang merupakan sepupu Siti..aku plak baik plak dengan dia..ada la dua gambar Siti yang aku ada yang dia bagi..Nanti2 la aku scan n publish lain kali..ok?


Masing2 bz like bees..




Dah siap bendera Malaysia!!ok tak?


semuanya berjalan lancar.








23 August, 2009

Di atas Sejadah Cinta..


Bestnya lagu citer Di atas sejadah cinta ni.Semalam aku tgk on astro channel 106-oasis.Sungguh syahdu n menyentuh kalbu..Sesungguhnya cinta yang agung itu hanya dan milik Allah yang Esa..







Di Atas Sajadah Cinta

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku..





21 August, 2009

Fadhilat solat terawikh..


Ini adalah fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh,serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawatdan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah Bandar didalam syurga daripada nur.

malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’” -ihsan dari hamba Allah..


marilah sama2 kita mengerjakan solat terawikh yang banyak manfaatnya..

20 August, 2009

Ramadhan datang lagi..


Salam semuanya..ramadhan datang lagi..suka sangat sebenarnya.disamping mendapat pahala,bleh jugak diet.bagus jugak puasa ni coz perut bleh rehat n sistem penghadaman jadi lebih baik.Untuk kesekian kalinya..aku masih lagi berpuasa di bandar B1..tahun depan tak tau lagi.Aku jugak ada banyak hajat nak pinta dikabulkan oleh Allah pada bulan yang penuh berkat ni.Harap2 Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 dulu..InsyaAllah.Dulu penat jugak coz aku menyusu anak..yerla nak minum air tak bleh..kena kerja lagi+housework..tapi dah tanggungjawab aku kena la sabar n tabah memikulnya.sebenarnya banyak dugaan kecik2 yang aku tanggung skang..rasanya bleh settle sendiri..coz tak la besar sangat..cuma nak kena usaha skit n banyakkan doa..Aku percaya sgt dengan doa..Ada gak sekali dua buat solat hajat n minta macam2 denganNya tapi tak konsisten.so..bulan puasa ni aku nak ambik kesempatan sepenuhnya.solat terawikh tak tau la bleh ke tak..buat kat rumah bleh la..InsyaAllah..


Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..esp to darling hubby,beloved mama n papa,adik2 tercinta,friends+kawan2 blog yang disayangi,colleagues yang diingati n banyak membantu.Semoga kita dirahmati olehNya..



13 August, 2009

We had a blast..


Today we had a sukaneka n it was held at the schoold field.Everything ran smoothly as planned and i'm sure everyone really enjoyed the day included a few parents who came by to support their children..
The sukaneka started at 8.30 am n ended quite late at almost 2.00 o'clock..


all the pupils n teachers gathered at the court near the field..



kanak2 riang ribena ready untuk beraksi..



sempat lagi posing..



acara dimulakan dengan acara balapan..




lari kaki tiga n jalan sambil kepit bola..bukan senang tau..nampak tak my GB,wearing a green t-shirt was observing the pupils..heheh!!



acara lompat jauh..n tarik bola dengan tali skipping..




tengokla gelagat ustaz lokman n cikgu din ni..eh,azuan pun ada..heheh!!




acara 3x3 lari passing botol mineral...cikgu-cikgi plak..*wink*



acara penyampaian hadiah..banyak gak biru dapat hadiah n tahniah to rumah hijau kerana menang johan keseluruhan..



bloggers united..kak ti n kak ayu..



video

Creative kids..


UPSR is juz around the corner..it's only month away n my hardworking GB has came up with this idea where all the six year pupils need to express their feeling onto a few pieces of banners.A few teachers were incharged n to our surprise all of them managed to create interesting banners with wonderful wording painted on
them..Creative jugak budak2 ni.. Here r some pics that i managed to capture..


all the banners disiapkan di bilik seni..


..put them up for everyone to see..






12 August, 2009

Minat ke?minat la..


Despite all the hatred by some people for Siti Nurhaliza..i am still a big fan of her..i envy her success..ya..she may not a genius academically..but she has gained a huge success n it did impact her life totally.at the age of 30..she is now a Datuk..how i envy her..she got the look,talent,a hardworking n down to earth person n a very sopan-santun woman..satu lagi..dia tak banyak cakap.kita yang belajar tinggi pun takkan kaya cam dia..kan?tapi percayalah rezeki Allah ada di mana2.n rezeki bukan bersangkut paut dengan duit jer..tapi sihat tubuh badan,ada kerja,a wonderful family n friends around..itupun rezeki gak..n banyak lagi rezeki Allah yang tak ternilai..n kita should be thankful for all the gifts..


Siti Nurhaliza..
p/s..do leave a comment for this post,people..




09 August, 2009

SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..

coz kalu kita cerita..belum tentu org paham..
silap2 org fikir kita pelik or weirdo..


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz kalu kita salah cerita to salah org..
silap2 cerita kita jadi bahan ketawa org.


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID...
coz some people will salah tafsir.cerita kita..
and cuba menjauhkan diri..


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz bukan semua benda bleh kongsi dengan org..
silap2 cerita kita tu actually membuka pekung di dada..


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz the more we speak..
the more mistakes we'll make..


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
but for some people lain plak..
tepuk dada tanya selera..


SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
tapi kdg2 kita mmg kena ada tempat mengadu..
so..hidup lebih best dan bermakna.


kan ke best hidup as a child..no prob to solve n no worries to think of..(syahmi kat restoran nasi kandar..eating roti canai..lekat kat gigi..heheh!!)


06 August, 2009

1001 kenangan terukir..


Why do i love this place?


*i was posted to this school n i have been teaching here since 2002..mana tak sayang..huhu!!
*i first earned money/salary n walaupun tak banyak tapi bestnya bleh ada duit sendiri.
*kat sini aku belajar what life really is n i've met banyak ragam org yang jenis 'tak tercapai akalmu'..
*love every parts of this school..n masakan c.long(tauke kantin)that i'm gonna miss the most kalu aku pindah nanti.nak blame c.long ke atas kenaikan badan aku ni..huhuhuh!!
*ramai gak kawan2 yang jadi kesayangan aku..yang dah tukar n still kat sklh ni pun ada..
*rumah aku pun dalam kawasan/pagar sekolah tau..n Syahmi juga membesar di sini since he was born.

sayangnya nak tinggal tempat ni..huhu!!


dataran SKRKBB1 ..dulu assembly kat sini..now kat dewan..sebelah atas pejabat n bilik guru..bawah plak..kelas tahun 6..n stor pj..


yang sebelah kanan tu kantin..n yang tengah tu makmal ict n bilik mesyuarat..


bangunan baru..masa aku baru posted bangunan ni baru siap..ada makmal,bilik seni,bilik IWB n kelas tahun 4 dan 5...


love this part..gajah menyusur..cantik sangat..




the same building..

padang sekolah..kat sini aku selalu ajar budak2 main netball..

surau baru..


this is my home sweet home..nampak tak skolah kat depan umah jer..

p/s:All these pics aku ambik masa on the way balik dari ambik Syahmi from his nanny's..banyak lagi yang aku tak ambik..just enjoy yang ini..



Bacalah..Ayat Qursi..



SEJARAH AYAT KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Allahu Akbar !







05 August, 2009

lawa tak rumah ni..?


Lawa tak rumah rumah ni?Bukan rumah aku ni.
Dua rumah ni actually.All these pics aku amik masa gi tgk2 n carik2 rumah untuk beli last dec..kat SP.Sajer amik..so bleh inspire aku hias rumah aku nanti..Rumah ni fully furnished rasernya n harga quite a price!!Layan jer..











bestnya kalu rumah aku jadi lawa macam ni kan...?



A new hip hop boy has born..


Its been a while since my last post..so,here i am..


The king of pop is now gone and i do love most of his songs..banyak about the world,nature n children..do say our prayer for him.Rest in peace..Mikael Jackson..Amin..So..wanna know..who the new hip hop boy is?heheheh!!it's my son..Syahmi.I had captured a few snaps of him by the beach last month..if im not mistaken..He was not in the mood to pose actually but it seemed like he was doing a hip hop dance..don't ya think?

yo!!yo!tapi ibu tak nak Ami jadi rappers tau..kalu bleh jadi lecturer agama lagi bagus..so u can educate people our beautiful n perfect Islam..InsyaAllah..*wink*




Related Posts with Thumbnails