23 August, 2009
Di atas Sejadah Cinta..
Bestnya lagu citer Di atas sejadah cinta ni.Semalam aku tgk on astro channel 106-oasis.Sungguh syahdu n menyentuh kalbu..Sesungguhnya cinta yang agung itu hanya dan milik Allah yang Esa..
Di Atas Sajadah Cinta
DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya
Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya
Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku
Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya
Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku..
21 August, 2009
Fadhilat solat terawikh..
Ini adalah fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:
malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’
malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.
malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.
malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.
malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.
malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh,serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawatdan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di
malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah Bandar didalam syurga daripada nur.
malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar
malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’” -ihsan dari hamba Allah..
20 August, 2009
Ramadhan datang lagi..
Salam semuanya..ramadhan datang lagi..suka sangat sebenarnya.disamping mendapat pahala,bleh jugak diet.bagus jugak puasa ni coz perut bleh rehat n sistem penghadaman jadi lebih baik.Untuk kesekian kalinya..aku masih lagi berpuasa di bandar B1..tahun depan tak tau lagi.Aku jugak ada banyak hajat nak pinta dikabulkan oleh Allah pada bulan yang penuh berkat ni.Harap2 Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 dulu..InsyaAllah.Dulu penat jugak coz aku menyusu anak..yerla nak minum air tak bleh..kena kerja lagi+housework..tapi dah tanggungjawab aku kena la sabar n tabah memikulnya.sebenarnya banyak dugaan kecik2 yang aku tanggung skang..rasanya bleh settle sendiri..coz tak la besar sangat..cuma nak kena usaha skit n banyakkan doa..Aku percaya sgt dengan doa..Ada gak sekali dua buat solat hajat n minta macam2 denganNya tapi tak konsisten.so..bulan puasa ni aku nak ambik kesempatan sepenuhnya.solat terawikh tak tau la bleh ke tak..buat kat rumah bleh la..InsyaAllah..
13 August, 2009
We had a blast..
Today we had a sukaneka n it was held at the schoold field.Everything ran smoothly as planned and i'm sure everyone really enjoyed the day included a few parents who came by to support their children..The sukaneka started at 8.30 am n ended quite late at almost 2.00 o'clock..
lari kaki tiga n jalan sambil kepit bola..bukan senang tau..nampak tak my GB,wearing a green t-shirt was observing the pupils..heheh!!Creative kids..
UPSR is juz around the corner..it's only month away n my hardworking GB has came up with this idea where all the six year pupils need to express their feeling onto a few pieces of banners.A few teachers were incharged n to our surprise all of them managed to create interesting banners with wonderful wording painted on
them..Creative jugak budak2 ni.. Here r some pics that i managed to capture..
all the banners disiapkan di bilik seni..12 August, 2009
Minat ke?minat la..
09 August, 2009
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz kalu kita cerita..belum tentu org paham..
silap2 org fikir kita pelik or weirdo..
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz kalu kita salah cerita to salah org..
silap2 cerita kita jadi bahan ketawa org.
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID...
coz some people will salah tafsir.cerita kita..
and cuba menjauhkan diri..
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz bukan semua benda bleh kongsi dengan org..
silap2 cerita kita tu actually membuka pekung di dada..
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
coz the more we speak..
the more mistakes we'll make..
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
but for some people lain plak..
tepuk dada tanya selera..
SOMETIMES THINGS/WORDS ARE BETTER LEFT UNSAID..
tapi kdg2 kita mmg kena ada tempat mengadu..
so..hidup lebih best dan bermakna.























